Last three days ago, I found an excellent opinion about future of forensic students while reading a newspaper which dated December 6, 2010. It got some depression in me towards this opinion because it is related to my destiny after graduation later.
All words in this opinion are;
Pembaziran pakar forensik
Tiada jawatan kosong di Jabatan Kimia, sukar sertai PDRM
UNIVERSITI Sains Malaysia (USM), universiti pertama di Malaysia yang diberikan penarafan Universiti Apex melahirkan ramai graduan bidang sains forensic sejak 2003. Sejak permulaan, pelajar lepasan matrikulasi perlu memperoleh sekurang-kurangnya CGPA 3.67 (berdasarkan CGPA terendah pelajar sains forensic sidang 2006/2007).
Ini menandakan hanya pelajar yang layak diterima masuk ke bidang ini.
Graduan yang dihasilkan berpengetahuan luas dalam bidang penyisatan kerana latihan dan pembelajaran yang diterima semasa di university dan semasa praktikum di bawah kendalian Makmal Forensik Polis Diraja Malaysia (PDRM), Cheras, cukup melabelkan mereka sebagai pakar dalam bidang forensik.
Pembelajaran yang diterima merangkumi segala asas bidang forensic, bukan saja berkaitan cara penyiasatan kejadian jenayah, malah berkaitan psikologi, criminology (study of criminal behavior), perubatan forensic, kimia analitikal, kriminalistik, balistik, DNA, serology dan juga criminal justice System.
Pada setiap tahun, lebih kurang 25 graduan bakal dihasilkan untuk menampung jumlah penyiasat dan ahli kimia berkhidmat bersama organisasi kerajaan dan bukan kerajaan.
Namun, apa yang menyedihkan sejak 2006, graduan yang dihasilkan tidak lagi diperlukan berikutan tiada kekosongan di Jabatan Kimia Malaysia.
Ramai graduan beralih arah ke bidang pekerjaan yang tidak berkaitan, contohnya dalam bidang kimia industry, tidak terkecuali yang mengambil Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI) sebagai alternatif lain, menjadikan guru sebagai profesion sepanjang hayat.
Jika ditanya mengapa tidak berkhidmat dengan pasukan polis, ini satu lagi isu yang perlu dibangkitkan.
Untuk berkhidmat dengan pasukan polis tidak semudah yang disangka berikutan graduan perlu memiliki susuk tubuh dan ketinggian yang ideal. Pemakaian cermin mata tidak dibenarkan.
Jika diteliti dengan mengambil contoh rakan sekuliah saya, 80 peratus daripada kami memakai cermin mata.
Bagaimana mungkin kami berkhidmat untuk PDRM? Saya dimaklumkan hanya seorang saja senior saya memohon dan diterima berkhidmat bersama pasukan polis.
Jika pengiraan teliti dibuat dengan mengambil 25 orang setahun sebagai titik tanda graduan yang dihasilkan selama enam tahun ini, jumlahnya mencecah 150 orang, tetapi hanya seorang yang layak diserap ke pasukan polis setakat ini.
Maka dengan itu tidak hairanlah ramai graduan sains forensic USM masih menganggur, walaupun pada kebenarannya jika mereka dihantar ke Negara yang pesat membangun, yang menghargai bidang ini seperti Amrika Syarikat dan United Kingdom, sudah pasti mereka direbut oleh pelbagai agensi yang kekurangan khidmat pegawai forensik di sana.
Tidak seperti Negara kita yang masih tidak menyedari kepentingan bidang ini sedalam-dalamnya. Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) banyak membantu graduan bidang ini dari segi pemberian biasiswa.
Namun, ketiadaan pekerjaan yang berkaitan dengan bidang ini ditawarkan oleh kerajaan boleh disifatkan sebagai suatu pembaziran.
Graduan yang menerima biasiswa akhirnya tidak berkhidmat untuk kerajaan, sebaliknya berkhidmat untuk badan forensik swasta seperti Approved Forensics Sdn Bhd yang bertapak di ibu Negara.
Harapan graduan berkhidmat dalam kerajaan boleh dikatakan berkubur sebaik sahaja mereka mengetahui reality tiadanya peluang pekerjaan pada masa hadapan.
Hal ini amat menyedihkan kami kerana setakat ini belum ada pihak yang tampil membela nasib kami, walhal banyak pendekatan yang boleh diketengahkan untuk merealisasikan bidang sains forensik di Malaysia.
Dengan ini saya merayu pihak yang bertanggungjawab memandang serius perkara ini kerana makin hari saya melihat bertapa kami diperlukan untuk berkhidmat dalam menangani masalah jenayah ini, namun kewujudan kami seakan tidak disedari.
Saya sebagai wakil graduan dan mahasiswa sains forensik university tempatan amnya dan USM khususnya amat berharap supaya isu ini dapat diteliti dan dititik beratkan supaya Negara ini tidak kehilangan sejumlah pakar yang boleh mencorak keamanan Malaysia, bebas tanpa jenayah.
RIDZUAN KUNJI KONYA
Sains Forensik Universiti
Sains Malaysia 06/07
Thanks to my senior Wanji because this information… I am really sure that all your juniors were appreciated this opinion especially me.
Comments: We should protect our "Forensic Confidential"
Although we have many problems regarding our future jobs, but we must face it as a professional person.....
No comments:
Post a Comment